Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan berbilang agensi tunjuk keupayaan S'pura tangani serangan pengganas di Lapangan Terbang Changi

Oct 17, 2017 | 09:47 AM



 



 



SATU latihan berbilang agensi untuk menguji keupayaan Singapura menangani serangan pengganas telah diadakan di Lapangan Terbang Changi dinihari Selasa (17 Oktober)



Latihan itu merupakan bahagian pertama Latihan Northstar 10 tahun ini.



Ini merupakan kali pertama latihan sedemikian diadakan di Lapangan Terbang Changi, menurut satu kenyataan polis.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang hadir bagi menyaksikan latihan itu menyifatkan senario latihan itu sebagai amat realistik.



“Kalau kita lihat di serata dunia, lebih daripada satu lapangan terbang pernah mengalami serangan pengganas.



“Lapangan Terbang Changi merupakan sasaran berprofil tinggi dan perkara seperti ini boleh berlaku di Singapura.



“Dan kalau ia berlaku, kita harus pastikan responder kami bersedia menghadapinya,” kata Encik Lee.



Lebih 600 pegawai daripada Pasukan Polis Singapura (SPF), Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Kementerian Kesihatan (MOH) menyertai latihan tersebut.



Antara senario yang dipaparkan termasuk kejadian serangan pengebom bunuh diri dan tembak-menembak sehingga menyebabkan ramai orang tercedera.



Latihan itu turut memaparkan bagaimana pegawai SCDF dan MOH bekerjasama bagi memberi respons perubatan dalam situasi serangan besar-besaran sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >