Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki S'pura 48 tahun ditahan terlibat dalam perang di Yaman; jadi ejen risikan buat kuasa asing

Dec 09, 2020 | 04:11 PM



SEORANG lelaki Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac 2019 kerana terlibat secara aktif dalam peperangan di Yaman.



Sheik Heikel Khalid Bafana, 48 tahun, telah bertindak sebagai ejen yang dibayar sebuah kuasa asing, menurut satu kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu (9 Disember).



Heikel, yang berhijrah ke Yaman bersama keluarganya pada 2008, telah mengumpul risikan mengenai negara itu bagi sebuah kuasa asing dari sekitar 2012 hingga 2018.



Dia telah “dibayar jumlah yang besar” bagi maklumat tersebut, menurut ISD lagi.



Semasa berada di Yaman, dia juga telah membantu satu puak dalam perang saudara itu serta menawarkan diri untuk berjuang bersama puak tersebut.



“Dia juga bertindak sebagai orang tengah antara puak itu dan sebuah kuasa asing, untuk mendapatkan peralatan tentera, bekalan dan dana bagi mengadakan latihan tentera,” kata ISD.



Kenyataan tersebut tidak menyebut kuasa asing mahupun puak yang telah melibatkan warga Singapura itu.



Heikel dan keluarganya kemudian kembali ke Singapura pada 5 Februari 2019 dan diberkas di bawah ISA pada Mac 2019.



Kata ISD lagi, kes Heikel tidak didedahkan lebih awal kerana siasatan terhadap kegiatannya di Yaman adalah rumit, dan pendedahan awal akan menjejas siasatan.



ISD turut mengumumkan seorang warga Bangladesh, Ahmed Faysal, 26 tahun, telah diberkas di bawah ISA pada November 2020, dan dikenakan Perintah Tahanan pada 30 November lalu untuk membantu dalam siasatan bagi kegiatan berkaitan pengganasan.



Sementara itu, tiga warga Singapura yang sebelum ini ditahan di bawah ISA bagi penglibatan dalam kegiatan berkaitan pengganasan telah dibebaskan dan diletakkan di bawah perintah sekatan (RO), setelah menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan.



Mereka ialah Muhammad Fadil Abdul Hamid, 31 tahun; Husaini Ismail, 61 tahun; dan Rosli Hamzah, 54 tahun.



Dalam pada itu, perintah sekatan bagi lima warga Singapura yang lain telah dibenarkan untuk luput setelah mereka menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan.



Mereka ialah Mohamed Mohideen Mohamed Jais, 30 tahun; seorang belia berusia 17 tahun apabila dikenakan RO pada 2016; Mohamad Reiney Noor Mohd, 30 tahun; Asrul Alias, 37 tahun; dan Ishak Mohamed Noohu, 59 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >