Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

LTA: E-skuter digunakan dalam kemalangan di Bedok North tidak patuhi undang-undang

Sep 27, 2019 | 08:08 AM



PENUNGGANG e-skuter, yang melanggar penunggang basikal berusia 65 tahun dan terkorban akibat kemalangan itu, menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) yang tidak mematuhi undang-undang, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (26 Sep).



Cik Ong Bee Eng, yang bertugas sebagai pembantu pembungkus penghantaran, mengalami kecederaan parah di bahagian otaknya serta tulang rusuk dalam kejadian yang berlaku di Bedok North Sabtu lalu.



Mendiang dilanggar seorang penunggang e-skuter lelaki berusia 20 tahun. Dalam kenyataannya, LTA berkata: "Berdasarkan pemeriksaan LTA terhadap PMD yang terlibat dengan kemalangan itu, PMD itu tidak mematuhi undang-undang dan melebihi berat yang dibenarkan dan had lebar yang boleh digunakan di tempat pejalan kaki di bawah Akta Mobiliti Aktif. Alat tidak berdaftar itu tidak harus digunakan di tempat awam.''



LTA mengambil sikap tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang dan membahayakan keselamatan awam.



Penunggang e-skuter itu ditangkap sejurus selepas kemalangan itu dan polis sedang menyiasat kes itu sebagai tindakan tidak bertimbang rasa yang menyebabkan kematian.



Kesalahan itu boleh menyebabkan individu dipenjara sehingga lima tahun dan didenda. LTA juga berkata lelaki itu boleh didapati bersalah kerana menunggang PMD tidak mematuhi syarat di laluan pejalan kaki di bawah Akta Mobiliti Aktif.



Kesalahan ini boleh menyebabkan dia didenda sehingga $5,000 dan/atau dipejara selama tiga bulan.



Terdapat 228 kemalangan melibatkan PMD di laluan pejalan kaki awam pada 2017 dan tahun lalu, dengan 196 menyebabkan kecederaan.



Dalam satu kes, seorang penunggang juga tergelincir dan kemudian meninggal dunia akibat kejadian itu.



Apabila The Straits Times (ST) menziarahi keluarga mendiang Cik Ong pada Khamis, anak saudaranya yang ingin dikenali sebagai Encik Sim, 38 tahun, berkata keluarganya tidak mahu membincangkan sama ada ingin mengambil tindakan lanjut dan ingin menunggu hasil siasatan pihak polis.



Encik Sim berkata pengguna PMD harus sedar akan akibat menunggang e-skuter dengan laju. Walaupun terdapat seruan bagi undang-undang lebih ketat, ada juga seruan agar alat itu diharamkan.



Satu petisyen yang dimulakan di Change.org sejak lima tahun lalu menyeru agar alat itu diharamkan dan jumlah mereka yang menandatanganinya melonjak lebih 36,500 sehingga 11 malam pada Khamis menyusuli kematian Cik Ong dari 9,000 sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >