Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Mahathir tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Feb 24, 2020 | 05:31 PM



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad, telah tiba di Istana Negara, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Beliau dilihat menaiki kenderaan Proton Perdana hitam dengan kenderaan pengiring, dan telah masuk melalui pintu utama istana tersebut pada Isnin (24 Februari) jam 4.40 petang, lapor Berita Harian Malaysia.



Beberapa pemimpin setempat lain termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga dilihat mengiringi Dr Mahathir, pada jam 4.25 petang.



Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan tentang perkembangan politik Malaysia semasa selepas mengirim surat mengenai peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM).



Sebelum itu, pejabat Perdana Menteri Malaysia telah mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatannya sebagai PM dan surat itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari. 



Dua jam kemudian, beliau melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >