SINGAPURA telah menyemak ramalan pertumbuhan ekonomi tahun ini kepada 3 hingga 4 peratus dari 3-5 peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis (11 Ogos).
Pada suku kedua, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tumbuh 4.4 peratus dari 3.8 peratus pada suku pertama.
Sejak Mei, sekitaran ekonomi sejagat telah bertambah buruk. Tekanan inflasi yang lebih tinggi dan langkah mengetatkan dasar kewangan lebih agresif bagi menangani inflasi akan 'menjejas pertumbuhan ekonomi-ekonomi membangun seperti Amerika Syarikat dan Zon Euro', kata kenyataan MTI.
Selain itu, China terus bergelumang dengan pasaran hartanah yang malap di samping jangkitan Covid-19.
"Penilaian MTI menunjukkan prospek permintaan luaran bagi Singapura telah bertambah lemah berbanding tiga bulan lalu,'' ujar kenyataan itu.
Selain gangguan bekalan akibat perang Russia-Ukraine, terdapat risiko ketidakstabilan kewangan jika terdapat penyesuaian yang tidak teratur setelah langkah mengetatkan dasar kewangan dalam ekonomi-ekonomi membangun.
Selain itu, MTI menyatakan risiko ketegangan geopolitik di rantau ini boleh memburukkan gangguan bekalan di dunia.