Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MTI semak ramalan pertumbuhan ekon S'pura; antara -4 hingga -7 peratus tahun ini

May 26, 2020 | 08:10 AM



KEMENTERIAN Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini menyemak semula ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negara Kasar untuk 2020 ke bawah paras sifar antara “-4 hingga -7 peratus”.



Ekonomi Singapura menyusut 0.7 peratus berdasarkan tahun ke tahun dalam suku pertama, semakan dari pertumbuhan 1 peratus pada suku sebelumnya. 



Langkah pemutus litar dilaksanakan sejak 7 April lalu bagi mengekang penularan Covid-19 di Singapura, yang menjejas kegiatan ekonomi serta perbelanjaan domestik.



Di peringkat sejagat, terdapat risiko gelombang jangkitan berlaku lagi dalam ekonomi besar seperti Amerika Syarikat dan Zon Euro yang akan mengganggu kegiatan ekonomi.



"Jika jangkitan meningkat dan sekatan seperti perintah berkurung dan sekatan pergerakan dilaksanakan semula, kelemahan dalam ekonomi akan menjadi lebih buruk dan berpanjangan  dari yang dijangkakan,'' ujar MTI.



"Dengan kelemahan dalam permintaan luaran bagi Singapura dan kesan akibat pemutus litar, pertumbuhan GDP bagi Singapura bagi 2020 diturunkan kepada -7 dengan -4 peratus dari -4 dengan -1 peratus,'' ujar MTI.



Ia menambah bahawa sejauh mana penularan itu akan berlanjutan dan betapa dalamnya kesan Covid-19 itu masih menjadi tanda tanya.



Namun, MTI menegaskan terdapat beberapa sektor yang akan menyokong ekonomi seperti perkilangan biomedikal yang didorong oleh pengilangan produk farmaseutikal.  Sektor penerangan dan perhubungan juga dijangka tumbuh memandangkan permintaan yang meningkat bagi huraian digital. 



Di atas suku tahunan ke suku tahunan yang diselaraskan mengikut musim, ekonomi menyusut sebanyak 4.7 peratus, penurunan dari pengembangan 0.6 peratus pada suku keempat tahun lalu.



Sektor pengeluaran berkembang 6.6 peratus tahun ke tahun, merubah 2.3 peratus penguncupan pada suku sebelumnya. 



Sektor pembinaan menguncup sebanyak 4 peratus dari tahun ke tahun, berbanding dengan pengembangan 4.3 peratus pada suku sebelumnya.



Sektor borong dan runcit menyusut 5.8 peratus tahun ke tahun, meningkat penurunan 1.9 peratus pada suku sebelumnya, kerana segmen perdagangan borong dan runcit menguncup.



Sektor pengangkutan dan penyimpanan menguncup sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun, merubah pengembangan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >