Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

NTUC naikkan usia persaraan dan usia pengambilan semula bekerja pada 2021, setahun lebih awal dari jadual kebangsaan

Nov 08, 2019 | 02:26 PM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan meningkatkan usia persaraan dan usia pengambilan semula bekerja kepada 63 tahun dan 68 tahun bermula dari 1 Januari 2021. 



Ia adalah lebih setahun lebih awal dari tarikh ditetapkan pemerintah sebelum ini.



Dalam Rapat Hari Kebangsaan Ogos lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan usia persaraan dan siling usia pengambilan semula bekerja dinaikkan masing-masing kepada 65 dan 70 tahun menjelang 2030.



Ia akan pertama kali dinaikkan masing-masing dari 62 kepada 63, dan dari 67 ke 68 dari 1 Julai 2022.



Menurut kenyataan NTUC  pada Jumaat (8 Nov), sekitar 430 pekerja NTUC yang akan mencapai usia persaraan iaitu 62 tahun pada 2021, akan dapat menunda persaraan mereka.



Sekitar 280 pekerja pula akan memanfaatkan hasil peningkatan usia pengambilan semula bekerja.



Sementara itu, kesemua 12 firma perniagaan sosial seperti NTUC FairPrice, NTUC Foodfare, NTUC Income dan First Campus akan melaksanakan perubahan itu dari 1 Julai 2021.



NTUC dan firma perniagaan sosialnya menggajikan sekitar 2,400 pekerja senha yang berusia melebihi usia persaraan berkanun ketika ini iaitu 62 tahun.



Perubahan itu diumumkan dalam satu dialog diadakan oleh pemimpin kesatuan sekerja dan wakil-wakil firma perniagaan sosial dengan para pemimpin 4G malam kelmarin. Dialog tertutup itu disertai Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran; Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing; dan Menteri Negara (Tenaga Manusia dan Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad.



Presiden NTUC, Cik Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng menjadi hos dialog yang diadakan di Muzium Negara, yang sedang menempatkan pameran ReUnion NTUC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >