Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

NWC: Majikan boleh potong gaji sementara bagi selamatkan pekerjaan

Oct 16, 2020 | 04:18 PM



MAJLIS Gaji Kebangsaan (NWC) menyarankan agar majikan melaksanakan potongan gaji sementara bagi menyelamatkan pekerjaan. Namun, firma digalak membekukan gaji pekerja bergaji rendah yang mendapat gaji asas bulanan sehingga $1,400. Ia merupakan antara garis panduan tambahan dikeluarkan NWC bagi 2020/2021. Garis panduan tambahan itu dikeluarkan memandangkan ekonomi telah mengalami kemelesetan akibat kesan Covid-19 dan majikan mempunyai tekanan memberhentikan pekerja. Sebelum ini, NWC mengeluarkan garis panduan Mac lalu sebelum pandemik itu berleluasa. Membentangkan garis panduan tambahan itu pada Jumaat (16 Okt), NWC berkata ia tidak menetapkan jumlah potongan gaji itu disebabkan kesan Covid-19 yang berbeza terhadap sektor dan syarikat. Garis panduan itu, yang telah diterima pemerintah, berkuat-kuasa dari 1 November ini hingga 30 Jun tahun depan. “Tumpuannya ialah kurangkan pemberhentian pekerja. Pemerintah menyokong saranan NWC kepada majikan untuk laksanakan potongan gaji selagi perlu bagi mengurangkan pemberhentian pekerja,’’ kata Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Aubeck Kam, dalam sidang akhbar. Bagi melindungi pekerja bergaji rendah, pembekuan gaji disarankan bagi pekerja yang mempunyai gaji sehingga $1,400. Bagi pekerja bergaji melebihi $1,400, sebarang penyesuaian gaji tidak harus menyebabkan gaji itu berkurangan sehingga di bawah $1,400, kata NWC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >