Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Berita Utama

Parlimen: Keluarga anak perempuan didakwa dibunuh di Chin Swee Road berkata dia dalam jagaan saudara mereka

Oct 08, 2019 | 07:51 AM

KELUARGA budak perempuan dua tahun yang didakwa dibunuh ibu bapanya dan mayatnya ditemui dalam sebuah periuk - memberitahu pekerja sosial dan kakitangan agensi pemerintah bahawa budak itu dijaga oleh saudara mereka.

Dalam jawapan kepada Parlimen pada Isnin (7 Okt), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Encik Desmond Lee berkata:

"Berdasarkan apa yang dikatakan anggota keluarga pada ketika itu dan interaksi keluarga dengan agensi yang berbeza, pegawai dan pekerja sosial tidak menjangkakan bahawa budak itu hilang atau dalam keadaan bahaya.

"Seorang budak dua tahun secara umum tidak mempunyai interaksi, secara tetap, dengan agensi,'' katanya.

Encik Lee menambah lebih banyak perincian mengenai kes itu akan diberikan kepada mahkamah. Beliau berkata apa yang dikatakan anggota keluarga serta interaksi mereka dengan agensi berbeza sejak beberapa tahun amat relevan kepada siasatan dan prosiding jenayah.

Lantas, beliau tidak dapat memberikan perinciannya. Encik Lee memberikan respons kepada empat anggota Parlimen (AP) yang menanyakan mengenai kes itu dan mengapa ia tidak diketahui selama lima tahun.

AP tanpa kawasanundi (NCMP) Daniel Goh menanyakan mengapa agensi pemerintah dan kumpulan khidmat sosial tidak menyedari budak itu hilang selama lima tahun. NCMP Dennis Tan juga menanyakan jika kelahiran budak itu didaftarkan dan mengapa agensi pemerintah gagal mengenal-pasti kehilangannya dari rekod pendidikan dan lain di sebalik ketiadaan sijil kematian.

AP Encik Chong Kee Hiong (GRC Bishan-Toa Payoh) ingin mengetahui bagaimana MSF dapat mengenal-pasti penderaan kanak-kanak seawal mungkin jika ibu bapa tidak bekerjasama.

Polis dimaklumkan mengenai kes itu pada hari Selasa (10 Sep) pukul 8.30 malam, setelah mereka menyiasat kandungan ngeri yang terdapat di dalam periuk memasak di flat sewa satu bilik di Chin Swee Road itu.

Ibu bapa anak perempuan itu dikatakan telah melakukan pembunuhan itu pada 2014.

Pasangan itu dibawa ke mahkamah pada 17 September dan didakwa membunuh anak kecil itu pada Mac tahun itu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian