Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengasas Hin Leong, O.K. Lim, dipenjara 17½ tahun kerana menipu, pemalsuan

Nov 18, 2024 | 7:02 PM
Pengasas Hin Leong – firma dagangan minyak, Lim Oon Kuin, tiba di Mahkamah Negara pada 18 November.
Pengasas Hin Leong – firma dagangan minyak, Lim Oon Kuin, tiba di Mahkamah Negara pada 18 November. - Foto ST

Pengasas Hin Leong – firma dagangan minyak, Lim Oon Kuin, dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan enam bulan pada 18 November.

Hukuman itu djatuhkan atas tiga pertuduhan menipu dan pemalsuan dalam apa yang disifatkan oleh pihak pendakwa sebagai “salah satu kes penipuan pembiayaan perdagangan paling serius yang pernah didakwa di Singapura”.

Menurut The Straits Times (ST), dia telah membuat rayuan terhadap hukuman itu, dan ikat jamin $4 juta telah dilanjutkan.

Dalam menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mahkamah Negara Toh Han Li, mendapati hukuman maksimum adalah wajar “memandangkan (Lim) tidak berhak mendapat diskaun hukuman kerana mengaku bersalah, dan diberi faktor tambahan yang memburukkan potensi kerosakan kepada reputasi industri minyak Singapura”.

Pihak pendakwaan pada 15 Oktober telah memohon hukuman maksimum 20 tahun ke atas Lim, yang lebih dikenali sebagai O.K. Lim, yang kesalahannya “menjejaskan pelaksanaan perkhidmatan kewangan di Singapura, dan mencemarkan reputasi Singapura sebagai hab perdagangan minyak terkemuka di Asia”.

Berikutan perbicaraan selama 62 hari, Lim, seorang legenda dalam industri minyak Singapura, telah disabitkan pada Mei atas dua pertuduhan menipu dan satu pertuduhan menghasut pemalsuan untuk tujuan menipu.

Bekas hartawan minyak berusia 82 tahun itu didapati bersalah menipu HSBC melalui pekerja “perniagaan keluarganya”, dengan mendakwa Hin Leong telah mengikat dua kontrak untuk menjual minyak kepada China Aviation Oil (Singapura) dan Unipec Singapura, dan kemudian memohon diskaun untuk urus niaga yang tidak wujud itu.

Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua urus niaga itu adalah rekaan semata-mata, direka mengikut arahan Lim, dan permohonan diskaun disokong oleh dokumentasi palsu atau yang direka.

Akibatnya, bank itu telah ditipu untuk mengeluarkan AS$111.6 juta ($146.1 juta) kepada Hin Leong, dengan AS$85 juta masih berbentuk jumlah kerugian tertunggak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg