Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Peruncit utama PMD kawal penjualan PMD kepada mereka yang berusia di bawah 16 tahun

Oct 10, 2019 | 07:49 AM



MEREKA yang berusia di bawah 16 tahun tidak lagi dapat membeli e-skuter atau alat mobiliti peribadi (PMD) sendiri di beberapa syarikat rundit utama.



Pemilik PMD tidak berdaftar juga tidak boleh mendapatkan PMD mereka diservis untuk dibaikpulih. Ini merupakan antara langkah yang akan dibuat lebih 26 peruncit PMD utama di Singapura pada Rabu (9 Oktober) sebagai respons kepada beberapa kemalangan dan kebakaran yang berlaku melibatkan alat itu.



Para peruncit yang menandatangani kenyataan ikrar itu termasuk Mobot, Falcon PEV dan Scooter Hub, menurut laporan The Straits Times (ST).



Dalam kenyataan bersama, para peruncit itu berkata: "Kami amat sedih dengan beberapa kemalangan melibatkan PMD dan kami meminta maaf kepada masyarakat yang berkepentingan yang terjejas.''



"Walaupun penggunaan yang salah adalah di luar kawalan kami, beberapa perniagaan yang berdaftar atau pun swasta juga turut berasa tanggungjawab kerana menyelaras alat yang tidak mematuhi undnag-undang dan/atau membenarkan (mereka) mendapatkannya dengan mudah,'' tambah kenyataan itu.



Para peruncit berkata mereka telah membincangkan isu itu dengan menyeluruh dan bersetuju beberapa langkah bagi membaiki keselamatan PMD. Contohnya, mereka yang di bawah usia 16 tahun tidak akan dibenarkan membeli PMD atau menservis alat itu tanpa diiringi seorang dewasa.



Para peruncit juga tidak akan mengubahsuai PMD yang boleh menjejas sistem elektrik alat itu. Mereka juga akan menjual PMD yang mempunyai pengiktirafan UL2271, satu piawaian keselamatan, yang mematuhi undang-undang.



Pemilik e-skuter diwajibkan mempunyai alat yang diiktiraf menjelang 1 Julai tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >