Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PM Lee: Negara Asia tidak akan suka jika perlu memilih antara China dengan AS

Oct 07, 2019 | 07:50 AM



KEBANYAKAN negara di Asia tidak akan suka jika mereka perlu memilih antara Amerika Syarikat dengan China, dan pilihan itu amat menyakitkan, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu temu ramah dengan stesen penyiaran Amerika, CNN.



Dalam temu ramah yang disiarkan pada Ahad (6 Okt), beliau berkata negara-negara bersekutu Amerika di rantau ini seperti Jepun, Korea Selatan, Filipina, Australia, New Zealand dan Thailand, mempunyai China sebagai rakan dagangan terbesar mereka.



Lantas, meminta mereka memilih antara China dengan Amerika tidak mudah.



"Jika anda meminta mereka memilih dan berkata 'Saya akan hentikan hubungan dengan rakan dagangan terbesar saya', saya fikir ia akan meletakkan mereka dalam kedudukan yang sukar,'' tambah Encik Lee, ketika ditemu ramah oleh wartawan CNN, Encik Fareed Zakaria.



"Kami (Singapura) adalah rakan yang rapat dengan Amerika tetapi kami juga mempunyai hubungan dagangan terbesar dengan China, lebih besar dari Amerika,'' ujarnya.



Temu ramah itu yang disiarkan dalam program GPS diadakan semasa lawatan PM Lee ke New York bulan lalu.



Semasa lawatan itu, PM Lee juga bertemu dengan Presiden Amerika Encik Donald Trump.



Ditanya oleh Encik Zakaria jika PM Lee melahirkan kebimbangan bahawa Amerika akan menarik diri dari Asia, PM Lee berkata beliau tidak fikir Amerika akan berbuat demikian.



"Apa yang ingin kami lihat di Asia ialah Amerika berinteraksi secara aktif bukan sahaja dengan China, tetapi dengan negara Asia yang lain...dan bekerjasama secara konstruktif agar negara-negara ini akan mempunyai jaringan ekonomi dengan China, dan pada masa sama mempunyai jaringan ekonomi dengan Amerika,'' kata PM Lee.



"Jika hubungan Amerika-China tidak stabil dan tidak mesra, ia amat sukar bagi kami semua melakukannya. Kami akan tertekan untuk memilih mana-mana pihak dan ia adalah pilihan yang menyakitkan,'' ujarnya.



Beliau menambah ketegangan dagangan yang berlaku bukan satu masalah kepada Singapura sahaja, yang mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua Amerika dan China, tetapi juga satu masalah kepada dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >