Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PM Lee: Perlu bangunkan pasukan pemimpin dengan kemahiran berbeza bagi menerajui Singapura

Nov 18, 2021 | 12:51 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata ia adalah penting bagi membangunkan pasukan pemimpin yang mempunyai kemahiran yang berbeza bagi memikul tanggungjawab yang berat dalam memimpin negara ini.



Beliau menambah pendekatannya bukan untuk mencari ‘pemenang’ yang akan mengambil alih tugasnya sebagai Perdana Menteri.



“Saya fikir pendekatan kami adalah tidak ‘menghapuskan’ mana-mana kerana saya tidak mempunyai pengganti tambahan. Saya tidak mencari pemenang. Saya cuba membina pasukan, dan pasukan itu perlukan banyak kemahiran yang berbeza dan banyak orang yang berbeza untuk memikul tanggungjawab yang sangat berat membawa Singapura ke generasi akan datang, melangkaui saya dan kumpulan pemimpin seusia saya,’’ kata Encik Lee.



Beliau berkata demikian dalam sesi dialog ketika ditanya oleh Ketua editor Bloomberg, Encik John Micklethwait di Jamuan Makan Malam Ekonomi Baru Bloomberg pada Rabu (17 Nov).



PM Lee ditanya mengenai kelakonan dua potensi pengganti beliau yang diletakkan dalam Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19.



Pemimpin generasi keempat yang terlibat dalam MTF ialah Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang sama-sama menjadi pengerusi bersama MTF.



PM Lee menyatakan bahawa mereka diletakkan dalam jawatankuasa itu bukan untuk bersaing tetapi kerana mereka boleh membuat sumbangan.



Selain dua menteri itu, seorang lagi yang disebut berpotensi menjadi pengganti beliau ialah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing. Sebelum ini, PM Lee berkata beliau berharap gambaran lebih jelas akan muncul tentang kepimpinan pasukan 4G boleh diketahui sebelum Pilihan Raya Umum (GE) seterusnya, yang dijangka perlu diadakan menjelang 2025.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >