Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PM Lee, Presiden Jokowi akan bertemu dalam Rahat Pemimpin di Bintan, pertemuan pertama sejak 2019

Jan 24, 2022 | 06:13 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan memulakan lawatan beliau ke Bintan pada Selasa (25 Jan) bagi Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihoskan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.



Ia rahat kelima dua pemimpin itu, dengan yang terakhir diadakan pada 8 Oktober 2019 di Singapura. Rahat tahunan itu menjadi wadah bagi dua pemimpin itu melakar bidang-bidang kerjasama yang ingin diusahakan.



Namun, sejak pandemik Covid-19, mereka tidak mengadakan rahat itu sehinggalah Selasa. “Perdana Menteri Lee dan Presiden Joko Widodo akan menyemak perkembangan kerjasama dua hala sejak Rahat Pemimpin lalu dan membincangkan cara meluaskan kerjasama dua hala dalam bidang-bidang tumpuan utama bagi kedua-dua negara.



“Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan sejagat,’’ ujar satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin.



Semasa Rahat Pemimpin sehari itu, Encik Lee dan Encik Widodo akan menyaksikan penandatanganan dan pertukaran set perjanjian yang dirundingkan bagi asas ‘Rangka Kerja Perbincangan’ semasa Rahat Pemimpin pada 2019.



Perjanjian-perjanjian itu ialah Perjanjian bagi Penjajaran semula Sempadan antara Rantau Maklumat Penerbangan Jakarta (FIR) dan FIR Singapura; Perjanjian Ekstradisi Pelarian; Perjanjian Bersama Kenyataan antara Menteri Pertahanan mengenai Perjanjian Kerjasama Pertahanan 2007 dan Aturan Pelaksanaan antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Bersenjata Indonesia (kini disebut Angkatan Pertahanan Nasional Indonesia) bagi Kawasan Latihan Ketenteraan di Indonesia, serta Pertukaran Surat Janji bagi melaksana perjanjian itu secara serentak.



Dua pemimpin itu juga akan mengesahkan pengumuman beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani sebelum rahat itu, termasuk dalam kerjasama kewangan dan ekonomi, perkembangan ekonomi hijau dan ekonomi ‘circular’ (model mengitar semula barangan), kerjasama bekalan tenaga, dan pembangunan modal insan.



Di sebalik Covid-19, pelaburan Singapura di Indonesia meningkat 50 peratus mencapai AS$9.8 bilion ($13.2 bilion) pada 2020.



PM Lee akan diiringi Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran; dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >