Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Berita Utama

PUB: Paras air di Kolam Air Linggiu mencapai di bawah 50%

Sep 29, 2019 | 11:29 AM

PARAS air di Kolam Air Linggiu di Johor, yang menjadi sumber air di Singapura, telah susut mencapai paras di bawah 50 peratus disebabkan cuaca kering. Agensi air negara, PUB, menyatakan pada Sabtu (28 Sept) bahawa paras air itu mencecah 72 peratus pada awal tahun ini. Ia susut ke paras di bawah 50 peratus pada 2015 dan mencapai paras terendah sebanyak 20 peratus pada 2016. "Ia belum pulih sepenuhnya untuk mencapai paras sihat sebanyak 80-90 peratus, yang telah menjadi kesnya bagi hampir 20 tahun sejak Kolam Air Linggiu mulakan operasi pada 1995,'' ujar kenyataan PUB. Singapura membina Kolam Air Linggiu pada kos melebihi $300 juta bagi membolehkan pengeluaran air di loji rawatan air, Johor River Waterworks (JRWW), yang dikendalikan PUB. PUB menambah paras air di Linggiu sukar kembali ke paras sediakala kerana lebih banyak air dikeluarkan dari Sungai Johor.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian