Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Rakyat Ukraine terjaga dengan bunyi pengeboman sedang perang bermula

Feb 24, 2022 | 05:19 PM



KYIV: Rakyat Ukraine yang ketakutan pergi ke stesen kereta api bawah tanah sedang siren serangan udara berbunyi di seluruh bandar utama negara berikutan Russia melancarkan serangan tentera ke atas negara itu.



Cik Ksenya Michenka kelihatan sangat terkejut ketika beliau berlindung dengan anak lelaki remajanya di stesen metro berhampiran Dataran Maidan yang bersejarah di Kyiv. 



Dataran luas itu menjadi tumpuan dua revolusi pro-Barat yang cuba banteras oleh Presiden Russia Vladimir Putin pada 2004 dan 2014. 



Tetapi bekas republik Soviet itu terus menarik diri dari Russia dan membina hubungan dengan Barat. Putin bertindak balas semalam dengan melancarkan serangan udara dan darat ke atas Ukraine. 



Cik Michenka berkata beliau berlari ke stesen kereta api bawah tanah untuk berlindung “kerana Russia telah memulakan perang menentang Ukraine.” “Kita perlu menyelamatkan nyawa kita,” katanya dengan suara yang tegang. “Kami berharap metro dapat menyelamatkan kami kerana ia berada di bawah tanah.” 



Ramai di bandar seramai tiga juta orang itu terjaga ekoran satu siri ledakan dahsyat yang bergema di suatu tempat di kejauhan di tengah malam.



“Saya terjaga kerana bunyi pengeboman,” kata Cik Maria Kashkoska yang berusia 29 tahun sambil duduk di tingkat stesen kereta api bawah tanah.



Pegawai pertahanan Ukraine kemudian berkata bahawa lapangan terbang antarabangsa utama Kyiv sedang mengalami serangan pengeboman Russia.



“Saya mengemas beg dan cuba melarikan diri. Kami duduk di sini, menunggu,” katanya selepas mengemas pengecas dan beberapa barang keperluannya.



Ledakan itu diikuti beberapa jam kemudian oleh siren serangan udara yang berbunyi di serata Kyiv pada waktu subuh.



Sebuah kereta polis di Khreshchyatyk Avenue menggesa semua orang supaya bertenang dan berlindung. Barisan warga yang beratur kelihatan di luar kedai pertukaran mata wang serta stesen minyak. 





Wartawan AFP melihat orang ramai membawa beg pakaian ke stesen bas dan kereta api dalam usaha untuk keluar dari Kyiv dan bergerak lebih jauh ke barat.  -  AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >