Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Rayuan gagal, bekas PM Malaysia Najib akan jalani hukuman penjara 12 tahun

Aug 23, 2022 | 04:52 PM



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($65.3 juta) yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.



Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.





Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan serta hukuman itu tidak keterlaluan.



"Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.



 



"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara) ," kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat.



 







KRONOLOGI KES



3 Julai 2018 - Najib ditahan Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.



4 Julai 2018 - Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd



8 Ogos 2018 - Didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama



10 Ogos 2018 - Mahkamah Tinggi menetapkan 33 hari bermula 12 Februari 2019 bagi perbicaraan



13 Disember 2018 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan perintah larangan supaya media dan orang awam tidak membicarakan mengenai merit kesnya



11 Februari 2019 - Mahkamah Rayuan membenarkan Najib untuk menangguhkan perbicaraan



21 Mac 2019 - Mahkamah Rayuan menolak tiga daripada empat rayuan interlokutori Najib, benarkan permohonan tangguhkan bicara



27 Mac 2019 - Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib menangguhkan perbicaraan



28 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan pada 3 April



3 April 2019 - Perbicaraan bermula selama 58 hari



11 November 2019 - Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tuduhan



3 Disember 2019 - Najib membela diri dan 18 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan, prosiding selama 33 hari



11 Mac 2020 - Pembelaan menutup kes



1 Jun 2020 - Hujahan di akhir kes pembelaan selama 5 hari



5 Jun 2020 - Mahkamah Tinggi menetapkan 28 Julai bagi keputusan



28 Julai 2020 - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.



19 Oktober 2020 - Najib memfailkan petisyen rayuan mengandungi 307 alasan mengapa beliau sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan berkenaan



5 April 2021 - Rayuan Najib mula didengar di Mahkamah Rayuan



18 Mei 2021 - Rayuan Najib selesai didengar di Mahkamah Rayuan selama 15 hari



23 November 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember 2021 bagi keputusan



24 November 2021 - Najib mohon melapangkan tarikh keputusan kerana perlu menjalani kuarantin COVID-19, bagaimanapun ditolak Mahkamah Rayuan



2 Disember 2021 - Najib memfailkan permohonan saat akhir di Mahkamah Rayuan untuk dibenarkan memasukkan bukti baharu dalam rayuan



3 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Disember bagi mendengar permohonan memasukkan bukti baharu



7 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan tolak permohonan Najib untuk menangguhkan keputusan rayuan atas alasan beliau dan peguam kontak rapat dan tolak permohonan memasukkan bukti baharu berhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low



8 Disember 2021 - Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Najib



25 Januari 2022 - Najib melalui peguamnya menulis surat kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom



29 April 2022 - Mahkamah Persekutuan menetapkan selama 10 hari bermula 15 Ogos untuk mendengar rayuan akhir Najib



7 Jun 20211 - Najib mahu Mahkamah Persekutuan isytihar perbicaraan di Mahkamah Tinggi batal dan tidak sah dan menimbangkan diadakan perbicaraan semula kerana peranan Mohd Nazlan dalam Maybank Investment berkaitan penubuhan SRC



21 Julai 2022 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Queen's Counsel (QC), Jonathan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir



25 Julai 2022 - Najib memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam lain serta melantik barisan peguam baharu diketuai Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M Rueben



29 Julai 2022 - Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >