RSAF sertai terbang lalu di Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis, PM Lee tetamu terhormat, Berita Berita Utama - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Berita Utama0

RSAF sertai terbang lalu di Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis, PM Lee tetamu terhormat

Jul 14, 2018 | 08:27 PM

PARIS - Lagu-lagu yang dimainkan Pancaragam Tentera Perancis jelas beralun Eropah, orang ramai yang berdiri menyaksikannya adalah rakyat Perancis, tetapi dua bendera yang  diarak di Champs-Elysees dan melewati tempat duduk utama adalah dari dua negara Asia -- Singapura dan Jepun.

Buat pertama kalinya, Singapura menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis tahun ini.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong hadir, atas undangan Presiden Perancis Emmanuel Macron, sebagai tetamu terhormat. Beliau adalah pemimpin Singapura pertama diundang ke perbarisan tu.

Menteri Luar Jepun Taro Kono juga hadir, menggantikan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang juga dijemput sebagai tetamu terhormat tetapi terpaksa membatalkannya kerana  menangani banjir dan tanah runtuh di wilayah barat Jepun.

Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis itu juga dikenali sebagai perbarisan Hari Bastille. Ia menandakan kejatuhan Bastille semasa Revolusi Perancis pada 1789. Tahun ini kira-kira 4,000 tentera, 220 kenderaan, 250 kuda, 64 pesawat dan 30 helikopter terlibat dalam perbarisan.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Antaranya ialah anggota Skuadron 150 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang berpangkalan di Pangkalan Udara Cazaux, di barat daya Perancis.

Daripada enam anggota RSAF yang terlibat, dua menyertai terbang lalu bergabung dengan Tentera Udara Perancis manakala empat menyertai perarakan sebagai pasukan membawa  Bendera Singapura.

Penerbangan lalu itu bermula dengan sembilan jet merentasi angkasa, termasuk satu jet RSAF M-346 Advanced Jet Trainer, meninggalkan jejak dalam warna kebangsaan Perancis merah, putih dan biru. Pegawai yang menerbangkan pesawat jet itu ialah Kapten Yeap Wei Jiun dan Kapten Jerevin Chia Min Feng.

Pasukan Bendera Singapura, yang diketuai Panglima Kontinjen RSAF Major Nicholas Tong Jun, membawa Bendera Kebangsaan Singapura semasa perarakan. Pegawai lain dalam pasukan itu ialah Kapten Jerome Tan Shang-Yang, Leftenan Tan Yi dan Leftenan Jacob Lee Yong Jin.

Penyertaan Singapura dalam perbarisan itu berlaku ketika RSAF meraikan ulang tahun ke-150 Skuadron tahun ini. Lebih 180 pelatih pejuang RSAF dari skuadron itu telah menjalani latihan di Pangkalan Udara Cazaux sejak dua dekad lalu.

Perbarisan itu bermula kira-kira 9.30 pagi.

Encik Macron tiba pada 10 pagi dan menyertai upacara termasuk memeriksa tentera.

Beliau kemudian duduk di antara isterinya Brigitte dan Encik Lee.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map