Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

1.2 juta isi rumah warga S'pura boleh guna baucar CDC $300 mulai hari ini

Jan 03, 2023 | 12:28 PM



LEBIH 1.2 juta isi rumah warga Singapura boleh mendapatkan dan belanjakan Baucar CDC 2023 mereka berjumlah $300 mulai hari ini (3 Januari).



Melancarkan Skim Baucar CDC itu di Kampung Admiralty sekitar tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata baucar itu merupakan sebahagian pakej menyeluruh untuk mengurangkan kesan harga yang tinggi serta kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) baru-baru ini.



Berbeza dengan Skim Baucar CDC 2021 dan 2022 yang hanya membolehkan orang ramai membelanjakannya di gerai penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian dalam skim tersebut, Skim Baucar CDC 2023 juga membolehkan orang ramai membelanjakan baucar itu di pasar raya yang mengambil bahagian termasuk NTUC Fairprice, Sheng Siong, Prime, Hao Mart dan U Star. 



Mereka boleh menggunakan baucar berjumlah $150 untuk berbelanja di hampir 20,300 gerai penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian dan baki $150 di lebih 300 cawangan pasar raya di sini.



Seorang anggota isi rumah warga Singapura boleh mendapatkan baucar itu dengan melungsuri laman web go.gov.sg/cdcv dan log masuk dengan akaun Singpass mereka bagi pihak isi rumahnya.



Lebih 1.2 juta isi rumah warga Singapura juga akan menerima surat mulai hari ini dengan butiran untuk mendapatkan Baucar CDC 2023, yang perlu dibelanjakan selewat-lewatnya 31 Disember 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >