Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Berita Utama0

Semua masjid di Singapura tutup, solat Jumaat, kegiatan masjid ditiadakan

Mar 12, 2020 | 07:54 PM

KESEMUA 70 masjid di Singapura akan ditutup mulai Jumaat (13 Mac) selama lima hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan dilaksanakan oleh khidmat pembersihan profesional.

Ini bermakna tiada solat Jumaat esok (13 Mac) dan tiada solat secara berjemaah selama lima hari di semua masjid.

Empat daripada 70 masjid itu bagaimanapun telah ditutup sejak 1 tengahari, Khamis (12 Mac), termasuk Masjid Muttaqin, Kassim, Hajjah Fatimah dan Jamae Chulia.

Langkah ini diambil berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura yang disahkan dijangkiti Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (MOH). Dua jemaah itu merupakan antara 90 warga Singapura yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Dalam pada itu, kesemua kegiatan di masjid termasuk ceramah, kelas aLIVE dan kuliah program Pembelajaran Islam Dewasa (ADIL), tadika di masjid akan ditiadakan selama dua minggu dari 13 Mac sehingga 27 Mac.

Kesemua acara kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung di masjid juga akan ditiadakan. 

Demikian diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam satu sidang media di Hab Islam, petang Khamis (12 Mac).

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian