Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Serangan 9/11 tambah keadaan tidak menentu di Asia Tenggara: Chun Sing

Sep 11, 2021 | 07:46 PM



SERANGAN pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001 telah menambah keadaan  tidak menentu di rantau Asia Tenggara pada tahun tersebut.

Mengongsi kenangan beliau berkaitan peristiwa 20 tahun lalu itu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, menulis di Instagramnya pada Sabtu (11 Sep) bahawa Indonesia pada masa itu sedang mengharungi laluan pasca era Suharto, dengan Presiden Megawati ketika itu baru sahaja mengambil alih daripada Presiden Abdurrahman Wahid.





“Keadaan sekitaran serantau yang tidak menentu ketika itu diburukkan lagi dengan ancaman pengganasan baru di seluruh dunia,” katanya yang pada ketika itu merupakan Atase Tentera Singapura ke Indonesia.

“Usaha memerangi pengganasan kini menjadi realiti kehidupan sehari-hari. 

“Selain menjaga diri kita agar selamat, kita mesti memastikan fabrik sosial kita tidak dimusnahkan oleh rasa saling curiga dan tidak percaya.” ujarnya





Beliau menambah, Singapura telah mengharungi pelbagai cabaran ke atas keselamatan dan kesepaduan masyarakat.

 Penghargaan, katanya, harus diberi kepada agensi keselamatan dan pertubuhan sosio-masyarakat.

“Tanpa kerja keras dan rasa kepercayaan yang amat mendalam, kita tidak akan dapat menikmati keamanan dan kemantapan di Singapura hari ini,” ujarnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >