Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Sg, M'sia rancang luaskan VTL darat kepada pelawat awam bermula pertengahan Disember, mulakan perbincangan VTL laut

Nov 29, 2021 | 02:45 PM



SINGAPURA dan Malaysia merancang meluaskan skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) darat kepada pelawat biasa bermula pertengahan Disember ini, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Ini selepas VTL darat itu yang dilancarkan  pada Isnin (29 Nov) dibuka ketika ini hanya bagi warga, Penduduk Tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki.



Perbincangan sedang diadakan untuk memperkenalkan VTL laut bagi membolehkan kapal-kapal pesiaran Singapura berlabuh di pelabuhan Malaysia, kata Encik Lee selepas bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengadakan lawatan rasmi ke Singapura.



Dalam sidang akhbar diadakan pada Isnin (29 November), Encik Lee berkata langkah itu perlu mengambil kira keadaan kesihatan awam.



"Kami semua sedang memantau varian Omicron baru, untuk melihat bagaimana ia akan menjejas," katanya di Istana.



"Tetapi walaupun Omicron mengganggu rancangan ini, matlamat kami adalah untuk mempunyai sempadan yang lebih terbuka antara Singapura dengan Malaysia, dan selepas beberapa ketika kami akan dapat membuat kemajuan selanjutnya," ujarnya.



Encik Ismail berada di Singapura untuk lawatan rasmi pertamanya sebagai perdana menteri. Beliau dan Encik Lee sebelum ini menyaksikan pelancaran VTL darat di Pusat Pemeriksaan Woodlands. Encik Lee berkata VTL bermula dengan 'perangkaan yang sederhana'.



"Kami akan mengambil sedikit masa sebelum kami hampir mencapai tahap pra-Covid. Tetapi kami akan maju selangkah demi selangkah, dan memastikannya berfungsi terlebih dahulu," tambah Encik Lee.



Bidang kerjasama lain yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin termasuk projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Baru-Singapura. Encik Lee berkata pembinaan sedang berjalan dengan baik dan beliau menantikan perkhidmatan penumpang bermula menjelang akhir 2026.



Beliau juga berkata bahawa kedua-dua pemimpin membincangkan isu Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dengan Encik Ismail mencadangkan perbincangan semula mengenai projek itu, yang telah ditamatkan.



Singapura juga terus menyokong pembangunan koridor pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia di Johor, kata Encik Lee, sambil menyatakan bahawa Jawatankuasa Bersama Menteri ke-14 untuk Iskandar Malaysia akan bersidang bulan depan.



Encik Lee juga berkata beliau gembira dapat bertemu Encik Ismail secara peribadi untuk mengesahkan hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dan Malaysia, dan berharap untuk menjadi hos bagi Datuk Seri Ismail Sabri di Rahat Pemimpin tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >