Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

S'pura berharap AS akan perkukuh hubungan dengan Asia Pasifik: PM Lee

Mar 30, 2022 | 03:58 AM



WASHINGTON - Singapura berharap Amerika Syarikat akan  terus memperkukuh hubungan dengan negara-negara di Asia Pasifik, menurut Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pada Selasa (29 Mac) semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Encik Joe Biden.



Meskipun pentadbirannya sedang menangani krisis di Ukraine, Presiden Biden berkata ia komited melaksanakan strategi Indo-Pasifik dan tidak sabar menjadi hos kepada para pemimpin Asean di Washington bagi satu puncak khas tidak lama lagi.



"Singapura amat menghargai secara mendalam kepimpinan Presiden Biden dalam mengukuhkan hubungan Amerika dengan rantau ini,'' kata PM Lee.



"Kami menyambut baik niatnya untuk menjadi hos kepada Puncak Khas Asean di sini tidak lama lagi. Ia merupakan pengesahan kukuh mengenai komitmen Amerika ke Asia Tenggara dan Asean.''



Bercakap kepada pemberita di permulaan mesyuarat mereka di Rumah Putih, kedua pemimpin membincangkan komitmen Amerika terhadap Asia-Pasifik dan pertemuan itu dalam tempoh penting ketika Russia menceroboh Ukraine.



"Ia menyerang tunggak utama aturan antarabangsa, sempadan tidak boleh diubah dengan paksa dan semua negara besar dan kecil adalah sama dan berdaulat,'' kata Presiden Biden.



Beliau mengucapkan terima kasih kepada PM Lee kerana kepimpinannya yang berprinsip dalam menyokong penduduk Ukraine setelah Singapura mengenakan sekatan dan menyekat eksport terhadap Moscow bagi mengekang keupayaan Russia berperang dengan Ukraine.



"Anda seorang yang berprinsip dan anda melakukan yang perlu setiap kali ia diperlukan,'' kata Presiden Biden kepada PM Lee.



Di sidang akhbar selepas mesyuarat itu, PM Lee berkata Singapura merupakan penyokong undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melarang tindakan ganas terhadap sebuah negara berdaulat dan oleh itu, ia mengutuk serangan Russia terhadap Ukraine. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >