Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

S'pura-M'sia adakan majlis tanda sambung semula projek RTS Link

Jul 30, 2020 | 10:42 AM



Oleh ATIYYAH MOHD SAID



Singapura dan Malaysia telah mengadakan satu majlis untuk menandakan perasmian bagi penyambungan semula projek Sistem Transit Laju (RTS) Link.


Ini selepas projek itu tertunda sejak 1 April tahun lalu, di atas permintaan Malaysia untuk menyemak semula projek itu.



Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Singapura, Encik Ong Ye Kung dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di koswe sebentar tadi.



Majlis tersebut juga disaksikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin.



Turut hadir ialah Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dan mantan Menteri Penyelarasan Prasarana dan Pengangkutan, Khaw Boon Wan.



Menurut kenyataan bersama Singapura dan Malaysia, antara perubahan utama yang dipersetujui kededua pihak ialah khidmat penumpang dijangka bermula pada akhir 2026. Sebelum ini, jangka masa asal disasarkan adalah akhir 2024.



Selain itu, RTS Link tidak lagi akan menggunakan Depoh Mandai Laluan Thomson- East Coast (TEL) . Sebaliknya, sebuah depoh baru akan dibina di Wadi Hana, Johor Bahru




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >