Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

S'pura tarik pelaburan tertinggi sejak 10 tahun pada 2020 di sebalik Covid-19: EDB

Jan 20, 2021 | 11:34 AM



DI sebalik kemelesetan terburuk akibat Covid-19 tahun lalu, Singapura berjaya menarik jumlah pelaburan aset tetap (FAI) tertinggi sejak 10 tahun.



Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) mendedahkan bahawa negara ini menarik pelaburan sebanyak $17.2 bilion, mengatasi $15.2 bilion pada 2019.



Ia adalah tertinggi sejak EDB menarik $18 bilion pada 2008. Jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan perniagaan sebanyak $6.8 bilion.



Projek-projek pelaburan itu dijangka menjana sebanyak 19,352 pekerjaan, berbanding 32,814 pada 2019.



Antara syarikat yang meluaskan pelaburan termasuk Zoom, Tencent dan Google.



"Usaha kami membuka sempadan, mengekalkan hubungan luar dan memastikan kesinambungan perniagaan telah memberikan keyakinan kepada syarikat sejagat untuk terus melabur di Singapura,'' kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, dalam sidang akhbar.



Dalam tempoh sederhana dan jangka panjang, EDB menetapkan menarik pelaburan sebanyak $8-10 bilion yang menjana 16,000-18,000 pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >