SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tiada laporan rakyat S'pura terjejas dengan kemalangan LRT di KL, pemerintah S'pura turut berdukacita

Tiada laporan rakyat S'pura terjejas dengan kemalangan LRT di KL, pemerintah S'pura turut berdukacita

May 25, 2021 | 1:46 PM

Tiada laporan rakyat S'pura terjejas dengan kemalangan LRT di KL, pemerintah S'pura turut berdukacita

KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) Singapura menyatakan tidak ada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas dengan kemalangan LRT di Kuala Lumpur (KL).

Pemerintah Singapura melahirkan rasa sedih mengenai kemalangan itu yang menyebabkan banyak kecederaan.

"Kami mengucapkan rasa simpati kepada keluarga yang terjejas dengan kemalangan itu dan mendoakan agar mangsa yang cedera pulih dengan segera,'' kata kenyataan MFA pada Selasa (25 Mei).

Warga Singapura di Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di KL di talian + 60-3-2161-6277 atau Pejabat Tugas MFA 24 jam di +65 6379 8800/8855.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin (24 Mei), kereta api yang mempunyai 213 penumpang dari Gombak dilaporkan bertembung dengan kereta api dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg