Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Tiga individu jalani kaunseling cegah radikalisme sejak 2014

Jun 24, 2017 | 12:05 AM






TIGA individu, termasuk dua remaja belasan tahun, telah diberi kaunseling dengan berjaya sejak 2014, bagi mencegah mereka daripada terus berpegang kepada fahaman radikal.

Mereka antara hampir 100 individu yang merujuk secara sukarela kepada Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) menerusi telefon, aplikasi telefon bijak, atau melawat Pusat Sumber dan Kaunseling RRG di Masjid Khadijah sejak sekitar dua tahun lalu.

Naib pengerusi RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata ketiga-tiga individu itu berjaya disekat daripada terus berpegang kepada fahaman radikal di pe

ringkat awal proses menjadi radikal.

Lantaran itu, kes mereka tidak dirujuk secara rasmi kepada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Tambah Dr Mohamed, kesemua individu itu dirujuk kepada RRG oleh anggota keluarga mereka, menunjukkan peranan penting anggota keluarga dan kenalan rapat dalam membantu se

seorang yang mula menjadi radikal.

“Ibu bapa bak ejen penyiasat pertama... mereka perlu sentiasa memantau perbuatan anak mereka di dalam ta

lian, dan jika mendapati sesuatu yang tidak kena, mengecam perbuatan itu dan memberi bimbangan sewajarnya,” kata Dr Mohamed, bercakap kepada media di Pusat Sumber dan Kaunseling RRG semalam.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >