Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26
Berita Utama

Virus Wuhan: Warga asing mulai dikeluarkan dari Hubei sedang bilangan kematian cecah 170

Jan 30, 2020 | 07:44 AM

BEIJING (REUTERS) - Pemerintah negara asing sedang cuba mengeluarkan rakyat mereka dari wilayah Hubei China, yang menjadi pusat penularan wabak coronavirus.

Pihak berkuasa China menyatakan jumlah kematian telah meningkat sebanyak 38 kepada 170 sehingga malam Rabu  (29 Jan).  Terdapat juga  7,711 kes disahkan dan lebih 1,700 pesakit dijangkiti virus itu.

Walaupun majoriti kes itu adalah di Hubei, wabak itu juga telah menular di bandar lain di China dan sekurang-kurangnya 15 negara. Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu hari ini (30 Jan) di Geneva bagi memutuskan sama ada ingin mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian