Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Dapat rumah idaman dengan tiga geran hingga $115,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapat rumah idaman dengan tiga geran hingga $115,000

Feb 09, 2020 | 05:00 AM



PADA mulanya, Encik Khairul Riduan Asman dan tunangnya, Cik Nur Ezza Syafiqah Suleiman, merancang untuk memohon flat Bina Ikut Tempahan (BTO) sebagai rumah pertama mereka selepas mendirikan rumah tangga April ini.



Bagi mereka, flat BTO, dengan pelbagai subsidi yang diberikan pemerintah, adalah pilihan paling bijak dan dimampui.



Mereka tidak terfikir untuk membeli flat jualan semula, apatah lagi flat jualan semula di estet matang. Ini meskipun mereka lebih suka jika dapat tinggal dekat dengan orang tua mereka, seperti di Pasir Ris, tempat tinggal ibu bapa Encik Khairul.



Bagaimanapun, ini sebelum mereka mendapat tahu bahawa mereka juga boleh menikmati subsidi dan geran untuk flat jualan semula. Setelah mendapat maklumat tersebut, pasangan itu mula meluaskan pencarian mereka untuk flat jualan semula.



Encik Khairul, 30 tahun, yang bertugas sebagai pakar pengendali bilik keselamatan dan Cik Nur Ezza, 26 tahun, kakitangan perkhidmatan pesakit di Hospital Besar Changi (CGH), akhirnya bertemu rumah idaman mereka. Pasangan itu kini ghairah menanti kunci flat empat bilik jualan semula di Pasir Ris, berhampiran dengan rumah ibu bapa Encik Khairul.



“Pada awalnya, kami kurang pasti. Setahu kami, flat BTO paling dimampui tapi pada masa yang sama kami juga kalau boleh mahu tinggal dekat dengan orang tua kami yang tinggal di estet matang.



Untuk tinggal di estet matang, dekat dengan ibu bapa, pilihan kami ialah untuk beli flat resale...tapi kami bimbang mengenai kesan kewangannya.



“Kemudian, kami membuat pertanyaan kepada seorang ejen hartanah mengenai pilihan bagi pasangan muda seperti kami, dan beliau terangkan subsidi dan geran yang boleh kami nikmati untuk flat jualan semua.



“Kami pun melihat flat jualan semula sebagai pilihan alternatif yang boleh dipertimbangkan,” ujar Encik Khairul.



Encik Khairul dan Cik Nur Ezza tertarik dengan Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) yang diterangkan kepada mereka.



Pasangan itu dapat meraih manfaat daripada geran tersebut dan perubahan kepada siling gaji bagi pembeli kali pertama seperti mereka.



Sejak September lalu, HDB menawarkan geran sehingga $80,000 buat pembeli flat kali pertama – tidak kira sama ada ia pembelian flat BTO atau flat jualan semula. Jenis flat dan estet perumahan pilihan pembeli juga tidak dihadkan.



Dengan pendapatan bulanan $9,000 dan ke bawah, kededua Encik Khairul dan Cik Nur Ezza layak menerima EHG itu.



EHG menggantikan Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG) yang sebelum ini ditawarkan HDB bagi membantu pembeli bergaji lebih rendah membeli flat HDB.



Bagi pembeli flat jualan semula, selain menikmati EHG, mereka boleh menikmati Geran Perumahan CPF dan Geran Perumahan Berhampiran (PHG) jika memilih rumah berhampiran ibu bapa atau anak-anak mereka.



Menurut HDB, kumpulan itu boleh menerima geran sehingga $160,000. Antara syarat lain yang dikenakan adalah untuk tempoh pajakan bagi flat jualan semula memadai sehingga pembeli mencapai usia 95 tahun.



Pembeli flat jualan semula yang tidak memenuhi syarat itu masih boleh memanfaatkan EHG, tetapi dengan kuantum yang disesuaikan berdasarkan baki tempoh pajakan. Selain EHG, pasangan Encik Khairul dan Cik Nur Ezza juga menerima PHG selain Geran Kelurga (FG).



Secara keseluruhan, tiga geran tersebut berjumlah $115,000. Jumlah geran tersebut meyakinkan pasangan tersebut bahawa flat jualan semula – dengan tempoh menunggu yang lebih singkat dan lokasi berhampiran ibu bapa – memenuhi keperluan mereka. “Dengan geran yang kami dapat, harga flat ini juga lebih dimampui.



Kami prihatin untuk tidak membuat pembelian di luar kemampuan, atau berbelanja terlalu besar untuk flat pertama memandangkan kami baru mahu membina kehidupan bersama,” kata Encik Khairul.



Dengan itu, pasangan tersebut bersedia mencari flat berharga sekitar $400,000 di Pasir Ris. Mereka akhirnya menemui rumah idaman mereka – flat empat bilik berhampiran rumah ibu bapa Encik Khairul di Pasir Ris –- dengan harga $410,000.



Dengan geran dan subsidi yang diterima, pasangan itu hanya perlu membayar $204,000 bagi flat tersebut dan bayaran bulanan ditampung sepenuhnya menerusi CPF.



“Kami tidak sangka dapat membeli rumah idaman kami dengan cepat di kawasan yang kami inginkan. Kami juga gembira kerana layak mendapat geran perumahan HDB, membolehkan kami membeli rumah idaman kami pada harga yang dimampui,” kata Encik Khairul lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >