​PBB lulus resolusi kutuk pelanggaran hak asasi terhadap Rohingya di Myanmar, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

​PBB lulus resolusi kutuk pelanggaran hak asasi terhadap Rohingya di Myanmar

Dec 28, 2019 | 03:14 PM

MYANMAR: Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 27 Disember meluluskan resolusi yang mengutuk kuat pelanggaran hak asasi manusia terhadap Rohingya Myanmar dan kaum minoriti lain, termasuk penangkapan sewenang-wenangnya, penyeksaan, rogol dan kematian dalam tahanan.
Badan dengan 193 anggota itu mengundi 134-9 yang memihak kepada resolusi tersebut dengan 28 yang enggan mengundi.

Resolusi tersebut turut menyeru pemerintah Myanmar untuk mengambil tindakan terdesak untuk memerangi kebencian terhadap Rohingya dan minoriti lain di wilayah Rakhine, Kachin dan Shan.

Resolusi UNGA tidak mempunyai kuasa undang-undang tetapi ia mencerminkan pendapat dunia.

Myanmar, dengan majoriti penduduknya beragama Buddha, telah lama menganggap Rohingya sebagai “Bengali” dari Bangladesh, walaupun keluarga mereka telah lama menetap di negara tersebut selama beberapa generasi.

Hampir semua dinafikan kewarganegaraan sejak tahun 1982, dan ini bermakna mereka tidak mempunyai kerakyatan. Mereka juga dinafikan kebebasan bergerak serta hak asasi lain. - AP
 

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map