Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

‘Big Bird’ meninggal dunia

Dec 09, 2019 | 02:25 PM



WASHINGTON : Pelakon boneka, Caroll Spinney yang membawa watak Big Bird dan Oscar the Grouch ke layar perak dalam siri kanak-kanak Sesame Street selama lebih separuh abad, meninggal dunia semalam pada usia 85 tahun.



Menurut kenyataan daripada Sesame Workshop, iaitu pertubuhan bukan berasas keuntungan yang menerbitkan rancangan itu, Spinney menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Connecticut selepas mengalami sejenis gangguan saraf dikenali sebagai ‘dystonia’, menyebabkan pergerakan otot sukar dikawal.



Pelakon itu bersara daripada Sesame Street tahun lalu, selepas memilih sendiri pengganti bagi membawa watak Big Bird dan Oscar, dua karakter berbeza yang sekian lama menghiburkan jutaan kanak-kanak.



Kedua-dua watak itu, seekor burung besar berwarna kuning dan raksasa pemarah yang tinggal di dalam tong sampah, hidup di dalam dunia penuh keajaiban hasil ciptaan pereka boneka, Jim Henson bersama rakan-rakan lain, Bert dan Ernie, Cookie Monster serta Kermit the Frog. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >