Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

‘Skuad’ jaga kenderaan jemaah solat Jumaat di Kedah

Dunia
28
0

‘Skuad’ jaga kenderaan jemaah solat Jumaat di Kedah

Jan 20, 2018 | 05:15 PM

KEDAH,YAN: Jemaah solat Jumaat tidak lagi runsing memikirkan keselamatan kenderaan mereka dengan bantuan ahli Skuad Elit Jiran Wanita (Sejiwa) yang menjaga keselamatan kenderaan jemaah di Masjid AlSultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Sungai Limau Dalam. 

Pengerusi Sejiwa, Cik Norlia Ismail, 57 memberitahu Sinar Online bahawa dia dan dua lagi ahli Sejiwa sudahpun setahun menjalankan aktiviti menjaga keselamatan di masjid berkenaan.

"Idea untuk menjalankan aktiviti menjaga keselamatan ini wujud ekoran daripada kekerapan berlaku kes kecurian motosikal," katanya.

Katanya, selepas aktiviti menjaga keselamatan kenderaan itu dijalankan kes kecurian kenderaan seperti motosikal sudah tidak berlaku.

"Alhamdulilah, kami dapat sifarkan kes kecurian motosikal setiap kali waktu Jumaat," katanya ketika ditemui Sinar Online di Masjid AlSultan Abdul Halim Muazzam Shah, Kampung Sungai Limau Dalam, Jumaat lalu.

Menurut Norlia, yang juga merupakan ibu tunggal, mereka mula menjalankan operasi menjaga keselamatan bermula jam 1 petang sehingga selesai solat jumaat.

"Kami akan pastikan semua jemaah pulang barulah kami akan tinggalkan kawasan masjid dan sepanjang solat jumaat berlangsung kami akan meronda di sekitar kawasan masjid," katanya.

Katanya, pernah ketika mula menjalankan aktiviti menjaga keselamatan ini, terdapat juga pihak yang memandang sinis kepada mereka.

"Biasalah mula-mula sementara orang nak faham tujuan kita bila dah faham depa sendiri lagi suka kita ada kat sini," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3