Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

“Jangan tinggalkan saya... saya amat takut,” rayu remaja Romania yang diculik kepada polis dalam panggilan terakhir

Aug 01, 2019 | 08:12 AM



BUCHAREST: Keluarga remaja perempuan Romania berusia 15 tahun - yang diculik awal bulan ini dan kini dianggap telah maut - telah menerbitkan rakaman panggilan kecemasan yang dibuatnya bagi mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa.



Seorang mekanik dari Caracal, di selatan Romania, mengaku membunuh Alexandra Macesanu, yang lesap pada 24 Julai dan seorang lagi remaja perempuan berusia 18 tahun yang hilang sejak April.



Cara pihak berkuasa menangani isu itu telah mencetus kemarahan awam dengan beberapa pegawai dipecat.



Pihak berkuasa mengambil masa 19 jam untuk mengenal pasti lokasi Macesanu selepas beliau membuat tiga panggilan kecemasan. Masa respons itu dianggap terlalu lewat dan kes itu telah mencetus bantahan awam di jalan raya dan pemecatan beberapa pegawai pemerintah. Menteri Ehwal Dalam Negeri negara itu juga telah meletak jawatan.



“Jangan tinggalkan saya... saya amat takut,” kata Macesanu kepada seorang pegawai polis, yang turut menangis semasa membuat panggilan ketiga dan terakhir,” menurut transkrip panggilan telefon itu yang diterbitkan di Facebook oleh pakciknya Alexandru Cumpanasu pada Selasa (30 Julai).



“Saya tidak boleh terus bercakap dengan anda… saya ada panggilan lain,” kata pegawai bertuas Vasilica Viorel Florescu, menurut transkrip dan rakaman panggilan.



“Jangan berganjak, kereta ronda pasti akan tiba di sana, dalam 2-3 minit.... Bawa bertenang, kereta dalam perjalanan,” ujar Florescu.



 Menurut Reuters, sisa mayat telah ditemui di rumah milik mekanik  Gheorghe Dinca, 65 tahun. Macesanu dipercayai dikurung di sana.



Laporan forensik awal dijangka pada Jumaat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >