Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1 dalam 5 pesakit dewasa Covid-19 di AS ada simptom berpanjangan

Jun 23, 2022 | 06:05 PM



WASHINGTON: Hampir satu dalam lima orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan pernah menghidap Covid-19 masih mengalami simptom berpanjangan atau 'long Covid'.


Pegawai kesihatan Amerika yang mendedahkan maklumat itu pada Rabu (22 Jun) berkata ia adalah hasil data tinjauan yang dikumpulkan sepanjang dua minggu pertama bulan ini.


Secara keseluruhan, data itu menunjukkan bahawa satu dalam 13 orang dewasa di Amerika mengalami simptom 'long Covid' selama tiga bulan atau lebih selepas pertama kali dijangkiti penyakit itu. Mereka tidak mengalami simptom itu sebelum dijangkiti virus tersebut.


Data itu dikumpulkan antara 1 dengan 13 Jun lalu oleh Biro Banci Amerika dan dianalisis oleh Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC) Amerika.


Simptom 'long Covid' merangkumi keletihan, degupan jantung yang cepat, sesak nafas, kesukaran kognitif, sakit kronik, kesan tidak normal pada deria dan kelemahan otot.


Simptom itu boleh membuatkan badan lesu sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan selepas pulih daripada jangkitan awal koronavirus itu.

Analisis CDC juga mendapati orang dewasa muda lebih berkemungkinan mengalami simptom berterusan berbanding orang dewasa yang lebih tua.


Wanita juga lebih berkemungkinan menghidap Covid-19 yang lama berbanding lelaki, menurut kajian itu, dengan 9.4 peratus wanita dewasa Amerika melaporkan simptom 'long Covid' yang lama berbanding 5.5 peratus lelaki.


Tinjauan itu mendapati hampir sembilan peratus orang dewasa berbangsa Amerika Latin mempunyai Covid-19 yang lama, lebih tinggi daripada orang dewasa kulit putih dan kulit hitam bukan Amerika Latin.


Dalam kalangan orang dewasa Asia dan bukan Amerika Latin pula, kadar kemungkinan mengalami kesan 'long Covid' adalah lebih daripada dua kali peratusan.


Terdapat juga perbezaan berdasarkan negeri di Amerika dengan Kentucky dan Alabama melaporkan peratusan tertinggi orang dewasa dengan simptom Covid-19 yang panjang, manakala Hawaii, Maryland dan Virginia dilaporkan paling rendah, menurut tinjauan itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >