1 maut, 13 cedara dek tembakan di Toronto, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

1 maut, 13 cedara dek tembakan di Toronto

Jul 23, 2018 | 12:27 PM

SEORANG penyerang melakukan tembakan rambang di daerah Greektown di Toronto, Canada, semalam, melukakan sebanyak 14 orang sebelum menembak dirinya sendiri, menurut laporan media tempatan.

Seorang wanita maut sementara 13 lagi cedera dalam serangan itu. Awal sebelum ini, sembilan orang dikatakan telah ditembak.

Suspek dipercayai menembak polis sebelum menembak dirinya sendiri, tambah sumber tersebut.

Menyampaikan berita tersebut di tempat kejadian, Ketua Polis Toronto Mark Saunders berkata 14 mangsa ditembak dan seorang wanita telah meninggal dunia. Seorang kanak-kanak perempuan berada dalam keadaan kritikal, tambahnya.

"Kita sedang melihat pelbagai motif... dan tidak menyangkal apa-apa pun," kata Encik Saunders kepada para wartawan.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sarjan Glenn Russell dari pihak polis Toronto memberitahu bahawa penembakan tersebut berlaku di luar sebuah restoran di antara Logan Avenue dan Danforth Avenue.

Encik Russell berkata mangsa telah dibawa ke beberapa pusat trauma di sekitar bandar tersebut.

Para saksi berkata mereka mendengar sekitar 20 tembakan, lapor laman berita CityNews.com. - AFP/ REUTERS

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map