Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Dunia

10 maut, puluhan dikeluarkan dari hotel kuarantin di China yang roboh

Mar 08, 2020 | 11:12 AM

SHANGHAI/BEIJING: Seramai 10 orang telah terkorban setelah sebuah hotel, yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin koronavirus di timur China, roboh pada Sabtu (7 Mac), lapor media negara.

Sehingga 4 petang pada Ahad (8 Mac), pihak berkuasa telah mengeluarkan seramai 48 individu daripada tapak kejadian robohnya Hotel Quanzhou Xinjia, kata Kementerian Pengurusan Kecemasan.

Daripada jumlah itu, seramai 10 yang telah disahkan mati, dan yang lain telah dihantar ke hospital.

Pegawai berkata sekitar 70 orang terperangkap pada awalnya apabila hotel yang mempunyai 80 bilik itu runtuh di bandar pantai Quanzhou.

Kejadian itu berlaku sekitar 7.30 malam pada Sabtu (7 Mac). - AFP, Reuters.