Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10 orang awam, 2 askar Nato maut dalam serangan bom bunuh diri di Kabul

Sep 06, 2019 | 08:47 AM



KABUL - Ledakan oleh seorang pengebom bunuh diri Taliban di Kabul pusat telah mengorbankan 10 orang awam dan dua askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pada Khamis (5 September).



Kereta dan kedai di kawasan ledakan itu, yang berlaku berhampiran ibu pejabat tentera antarabangsa Afghanistan dan kedutaan Amerika Syarikat (AS), turut musnah.



Kumpulan Taliban telah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, walaupun kumpulan pemberontak dan pegawai AS sedang mengadakan rundingan perjanjian mengenai penarikan pasukan AS dari negara itu.



Sebagai pertukaran, kumpulan pemberontak perlu berjanji akan menjamin keselamatan orang awam di negara itu.



"Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh dan 42 lagi cedera (dalam serangan itu). Mereka digegaskan ke hospital," kata Encik Nasrat Rahimi, jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri.



Pasukan Misi Sokongan Tegas yang diketuai oleh Nato berkata dalam satu kenyataan bahawa seorang anggota askar Romania dan askar AS turut terbunuh dalam serangan itu. 



Tiada maklumat lanjut diberikan.



Menurut laporan Reuters, termasuk mangsa AS yang terkorban dalam serangan pada Khamis, jumlah askar AS yang terbunuh dalam serangan sebegitu di Afghanistan pada 2019 naik ke 16.



Menurut seorang pegawai peringkat atasan dalam Kementerian Ehwal Dalam Negeri Afghanistan, kededua tentera antarabangsa itu terbunuh apabila kenderaan mereka dijadikan sasaran utama serangan pengebom bunuh diri itu.



Menurut saksi serangan tersebut, pengebom telah meletupkan dirinya sendiri sementara terdapat orang ramai yang berdiri berdekatannya atau yang sedang menyeberangi jalan. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >