Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10 orang dibicara di Indonesia bagi suspek kaitan dengan ISIS

Nov 03, 2015 | 11:14 AM



Mahkamah daerah Jakarta Barat sedang membicarakan 10 orang atas tuduhan berkaitan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Pertuduhan ke atas dua lagi suspek pengganas akan dijalankan mahkamah minggu ini, menurut akhbar The Straits Times.


Sembilan daripada perbicaraan itu bermula pada September dan satu pada Ogos. Tuduhan melibatkan membantu membiayai perjalanan orang lain ke Syria, pergi dan berperang di Syria untuk ISIS, dan menjalankan laman web yang mempromosikan ISIS.


Perbicaraan boleh berjalan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum keputusan dikeluarkan.


Ahmad Junaedi, 33 tahun, yang pergi ke Syria Mac tahun lalu untuk menyertai ISIS dan pulang ke Indonesia hanya selepas enam bulan, didakwa menyertai sebuah pertubuhan pengganas.


Bekas penjual bakso kereta sorong di Malang, Jawa Timur itu memberitahu mahkamah dia memutuskan pulang ke Indonesia selepas diberi tugas sebagai penjaga pintu di Syria.


Dia dijanjikan 15 juta rupiah ($1,500) sebulan di Syria sebagai seorang pejuang, tetapi dibayar hanya bersamaan satu juta rupiah, kurang daripada separuh apa yang dia dapat sebagai penjual bakso.


Dalam satu perbicaraan berasingan, Koswara alias Ibnu Abdilah, seorang ahli perniagaan berusia 32 tahun, dituduh membantu mengatur lawatan sebuah keluarga ke Syria untuk menyertai ISIS tahun lepas.


Lawatan itu digagalkan oleh pihak berkuasa.


Tuah Febriwansyah, 47 tahun, pula didakwa menyebarkan ideologi ganas ISIS melalui laman webnya.


Dia juga dituduh menggalak orang lain pergi ke Syria untuk menyertai ISIS.


Lapan belas warga Indonesia - 12 orang dewasa dan enam kanak-kanak - ditahan di sempadan Turkey-Syria pada 31 Oktober, lapor sebuah portal berita Indonesia, Tempo.co.id, yang memetik laporan sebuah portal berita Turkey, Hurriyet.com.tr.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >