KUANTAN: Lebih 100 pelancong dari dalam dan luar negeri dipercayai telah terkandas di Resort Mutiara Taman Negara selepas paras air di Sungai Tembeling di Kuala Tahan telah melebihi paras yang berbahaya.
Menurut agensi berita Bernama yang ditukil The Star Online, difahamkan bahawa taman negara itu telah mencatatkan kadar hujan tertinggi semalam sejak kejadian banjir yang paling dahsyat pada 1971.