NEW YORK: Kira-kira 10,000 penunjuk perasaan yang membantah Presiden Donald Trump berarak di bandar raya ini, melaungkan "bukan presiden saya" semalam, disertai ribuan lagi di seluruh bandar raya Amerika Syarikat ketika negara itu meraikan cuti Hari Presiden.
Selepas sebulan di Rumah Putih, Encik Trump dijangka kembali ke Washington selepas menghabiskan cuti hujung minggu di kediamannya, Mar-a-Lago, di Miami Beach, Florida, mendapat gelaran 'Rumah Putih Musim Sejuk'.