Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10,000 polis bagi jaga keamanan pilihan raya Thailand

Jan 29, 2014 | 06:14 PM



BANGKOK: Kerajaan Thailand akan mengerahkan 10,000 pegawai polis di ibu kota bagi pilihan raya pada Ahad ini, sedang para pembantah menegaskan mereka akan mengganggu proses undian bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra.


Mendedahkan langkah itu hari ini, Menteri Buruh, Encik Chalerm Yoobamrung, yang bertanggungjawab atas perlaksanaan perintah darurat 60 hari di Bangkok dan kawasan sekeliling, berkata para pegawai itu akan ditugas menjaga keselamatan di pusat-pusat mengundi.


Kerajaan semalam(28Jan) memutuskan meneruskan pilihan raya pada 2 Februari ini, setelah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) yang menyarankan agar pilihan raya ditunda selama 120 hari, mengingkari amaran bahawa ia boleh menjurus kepada lebih banyak insiden ganas, tanpa menyelesaikan jurang politik negara yang semakin meluas.


Pihak pembangkang telah sejak awal lagi mahu memboikot pilihan raya kontroversial itu.


"Saya mohon penduduk Bangkok keluar dan undi. Pihak polis akan menjaga keselamatan. Mereka yang mahu datang dan menutup pusat-pusat mengundi pada pagi hari harus fikir dua kali kerana polis tidak akan menghalang mereka," kata Encik Chalerm semalam(29Jan). - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >