Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

110 wartawan terbunuh sepanjang 2015

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

110 wartawan terbunuh sepanjang 2015

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Dec 29, 2015 | 05:55 PM

SERAMAI 110 wartawan terbunuh di seluruh dunia pada tahun ini, menurut pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dalam kenyataannya hari ini.

Daripada jumlah tersebut sejumlah 67 mereka menjadi sasaran disebabkan tugas mereka atau dibunuh sewaktu sedang bertugas.

Jumlah itu menjadikan seramai 787 orang wartawan yang dibunuh berkaitan kerja mereka sejak 2005.

RSF bagaimanapun menyatakan mereka tidak dapat mengenalpasti punca kematian 43 lagi wartawan.

Dalam pada itu, seramai 27 orang wartawan awam atau 'citizen journalist' dan tujuh petugas media turut terkorban tahun ini.

"Keadaan yang amat mendukacitakan ini lebih disebabkan oleh keganasan yang sengaja dilakukan ke atas wartawan dan ia menunjukkan kegagalan dari segi daya usaha untuk melindungi petugas media," kata RSF dalam kenyataannya yang disiarkan di laman rasminya.

Perancis, merupakan tempat paling membahayakan bagi wartawan tahun ini.

Ia berada di kedudukan ketiga selepas Syria dan Iraq.

Serangan ke atas pejabat penerbitan akhbar satira, Charlie Hebdo di Paris, pada Januari lalu yang mengorbankan 12 orang, telah merubah trend tahun lalu, yang mana dua pertiga kematian melibatkan wartawan berlaku di zon perang.

Tahun ini, dua pertiga kematian berlaku di negara yang aman.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3