Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

114 AP jumpa Agong sokong Ismail Sabri jadi PM

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 114 Anggota Parlimen (AP) daripada bekas kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menemui Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam untuk mengesahkan sokongan mereka kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) sebagai calon perdana menteri Malaysia yang baru.



Pada masa yang sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan sokongan yang diberi gabungan itu kepada Datuk Ismail Sabri adalah bersyarat - pelantikan Kabinet kerajaan yang bakal dibentuk adalah dalam kalangan mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.



Semalam, 114 AP yang mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta AP bebas selesai menghadap Agong dengan sesi terakhir membabitkan AP Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang meninggalkan Istana Negara sekitar 3.50 petang.



Ada AP memberitahu media bahawa mereka diminta Agong untuk mengesahkan kandungan akuan berkanun (SD) mereka yang menyokong Datuk Ismail Sabri dan apakah mereka menandatanganinya secara sukarela atau di bawah tekanan.



Difahamkan beliau kini mendahului pencalonan bagi jawatan perdana menteri baru Malaysia dengan sokongan 114 AP sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong 105 AP.



Agong pula dijadualkan mengadakan pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu untuk berbincang mengenai perkara itu hari ini.



Dihubungi Berita Harian (BH), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata sesi menghadap Agong itu bertujuan untuk mengesahkan sokongan dan memastikan pilihan yang tepat dan tanpa paksaan pihak tertentu dalam parti.



"Sekiranya ada sokongan bersyarat atau keraguan terhadap SD yang diberikan, maka ia akan mengurangkan jumlah sokongan yang ada yang sudah semakin kecil diperoleh PN.



"Pada masa sama, perkara ini juga menunjukkan Datuk Ismail Sabri kini menjadi 'pendahulu' dalam pemilihan perdana menteri baru Malaysia walaupun ini tertakluk kepada pengesahan dan tiada yang menukar sokongan pada saat akhir," jelasnya.



Sementara itu, dalam satu kenyataan petang semalam, Tan Sri Muhyddin berkata jika mendapat perkenan Agong untuk menjadi perdana menteri baru, naib presiden Umno itu mesti memastikan anggota Kabinetnya merangkumi individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.



"Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan," katanya dalam kenyataan itu.



Laporan lanjut: Ismail Sabri anggota Kabinet veteran dengan lebih 10 tahun pengalaman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >