Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

12 dikhuatiri masih terperangkap dek bangunan runtuh di India

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



LUCKNOW (India): Para pekerja penyelamat telah menarik keluar 12 orang termasuk dua kanak-kanak dari satu runtuhan selepas blok apartmen kediaman runtuh di bandar Lucknow di utara India.



Bagaimanapun lebih ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan tersebut, kata seorang pegawai polis tempatan lapor Agensi berita.



Menurut beliau, sekurang-kurangnya 12 lagi dikhuatiri masih terperangkap sedang para pekerja penyelamat berusaha membersihkan serpihan daripada runtuhan di tapak itu, yang terletak di kawasan sesak dan mewah di Lucknow, iaitu ibu negeri Uttar Pradesh yang mempunyai paling ramai penduduk di India.



Polis tidak segera mengulas mengenai sebarang kemungkinan sebab keruntuhan itu.



"Kami telah menarik keluar 12 orang setakat ini, termasuk dua kanak-kanak, tapi banyak lagi mayat masih belum ditemui," kata Ketua Pengarah Polis Uttar Pradesh, Encik D S Chauhan, kepada pemberita dekat tapak itu.



Saluran televisyen menunjukkan timbunan batu-bata dan konkrit sementara pasukan polis membersihkan serpihan daripada runtuhan untuk mencari mangsa yang terselamat.



Seramai 24 orang dikhuatiri masih terperangkap apabila bangunan itu runtuh, kata Encik Chauhan yang dipetik Agensi berita.



Menurut beliau, runtuhan itu disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku pada tengah hari Selasa lalu.



Gempa sekuat 5.8 pada skala Richter telah menimpa barat Nepal, sekitar 440 kilometer dari Lucknow.



Sementara itu, pejabat ketua menteri, Encik Yogi Adityanath, mengirim ciapan di Twitter bahawa hospital-hospital telah diarahkan supaya kekal berwaspada.



Berdasarkan perangkaan daripada Biro Rekod Jenayah Nasional, seramai 1,630 orang telah terkorban akibat keruntuhan struktur pada 2021.



Kejadian itu berlaku hanya selepas beberapa minggu setelah pihak berkuasa di bandar Joshimath, mula memindahkan para penduduk selepas ratusan rumah mula menyaksikan keretakan kepada struktur dan tenggelam. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >