Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

12 korban kejadian hujan lebat di Henan, China

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Hujan lebat di wilayah Henan, tengah China, telah membunuh 12 orang di ibu kotanya, Zhengzhou, dan telah menyebabkan penempatan semula sekitar 100,000 orang ke zon selamat, lapor agensi media pemerintah Xinhua semalam.



Kedua-dua biro meteorologi wilayah Henan dan bandar Zhengzhou telah meningkatkan peringkat kecemasan bencana ke Tahap 1, dengan ramalan hujan lebat di wilayah itu berlangsung hingga malam semalam.



Wilayah Henan dilanda ribut sejak hujung minggu lalu dalam musim hujan yang luar dari biasa, mengakibatkan pecahnya tebing sungai utama dan air membanjiri jalan raya di beberapa kota, sehingga menjejas kehidupan harian jutaan penduduk.



Zhengzhou menyaksikan curahan hujan 457.5 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam hingga 5 petang kelmarin, yang tertinggi sejak catatan diambil di bandar lebih 10 juta orang itu.



Ini termasuk catatan 201.9mm dalam satu jam, dari 4 petang hingga 5 petang.



Henan adalah pengeluar utama produk pertanian dan mesin, sementara Zhengzhou adalah tempat bagi sebuah kilang besar yang dimiliki oleh Hon Hai Precision Industry Taiwan, yang lebih dikenal sebagai Foxconn.



Gambar yang diterbitkan media wilayah menunjukkan sebahagian besar jalan raya kota ditenggelami air, sementara video yang disiarkan di media sosial menunjukkan penumpang di kawasan kereta api bawah tanah yang dinaiki air.



Ribuan pekerja penyelamat termasuk tentera dan anggota bomba dihantar untuk melakukan kerja menyelamat di bandar itu.



Banjir itu berlaku sejurus selepas bandar-bandar utama di China memberi amaran bahawa tempat kediaman dan kilang boleh menghadapi gangguan bekalan elektrik kerana permintaan tinggi dan kekurangan bekalan yang membebankan rangkaian tenaga.



Sebelas wilayah termasuk hab perkilangan di kawasan timur dan tengah China melaporkan rekod permintaan minggu lalu, di tengah-tengah cuaca panas.



Lapangan terbang Zhengzhou mengumumkan kelmarin ia akan menghentikan sementara khidmat kereta api bawah tanah dan kereta api antara bandar yang menuju ke dan dari lapangan terbang itu, dan tidak akan menerima penerbangan masuk mulai 8 malam waktu tempatan kelmarin hingga 12 tengah malam semalam.



Sementara itu, sebilangan syarikat China, termasuk syarikat insurans dan bank yang disokong pemerintah, semalam mengatakan mereka telah menawarkan sumbangan dan bantuan kecemasan kepada pemerintah tempatan di wilayah Henan yang dilanda banjir dengan bantuan ratusan juta dolar.



Ini termasuk lebih 20 syarikat insurans dan penanggung insurans harta benda dan korban yang mengatakan mereka telah membuka laluan pantas bagi pampasan kecemasan dan pembayaran insurans, menurut kenyataan masing-masing yang disiarkan di laman web Persatuan Insurans Henan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >