Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1.3 bilion rakyat India jalani perintah berkurung ekoran Covid-19

Mar 25, 2020 | 10:38 AM
Penduduk India berpusu-pusu membeli sayur di pasar sejurus selepas Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung bermula jam 12 tengah malam tadi.
Penduduk India berpusu-pusu membeli sayur di pasar sejurus selepas Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung bermula jam 12 tengah malam tadi. - Reuters

NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi semalam (24 Mac) mengumumkan bahawa 1.3 bilion rakyatnya akan menjalani perintah berkurung selama 21 hari bagi mengekang penularan Covid-19.

Bermula jam 12 tengah malam tadi, perintah berkurung akan dilaksanakan di seluruh negara.

"Bagi menyelamatkan India, untuk menyelamatkan setiap rakyat, anda, keluarga anda... setiap jalan, setiap kejiranan diletakkan bawah perintah berkurung," kata Modi dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen negara kedua paling padat penduduk di dunia ini.

India mencatatkan bilangan kes COVID-19 yang rendah berbanding sebilangan negara lain, namun peningkatan mendadak disaksikan dalam beberapa hari kebelakangan ini sehingga mencecah jumlah 519 jangkitan, termasuk 10 kematian. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg