Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

13 terkorban selepas bas jatuh dalam sungai Yangtze akibat pergaduhan pemandu dan penumpang

Nov 02, 2018 | 06:40 PM



CHONGQING: Gara-gara pemandu bas bergaduh dengan penumpang, bas dipandunya hilang kawalan hingga terbabas dan terjunam di dalam sungai Yangtze di daerah Wanzhou di sini.



Video tragedi meragut 13 nyawa itu tular di media sosial setelah polis memperolehi dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam bas.



Dua daripada 15 penumpang yang berada dalam bas tersebut masih hilang. 



Biro Keselamatan Awam Chongqing memberitahu media, ketika kejadian, seorang penumpang wanita bernama, Cik Liu, berusia 48 tahun telah bertengkar dengan pemandu dikenali sebagai Encik Ran.



"Dalam video itu, perempuan itu telah memukul pemandu dengan menggunakan telefon bimbitnya beberapa kali dan pemandu turut membalasnya dengan tangan.



"Akibat diserang bertalu-talu, pemandu berkenaan hilang kawalan lalu melanggar pagar penghalang sebelum terjunam ke dalam sungai," katanya.



 - CHINA DAILY/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >