SEBANYAK 139 kubur dan 28 kem penyeludupan manusia telah ditemui di kawasan sempadan terpencil di utara Malaysia, pegawai polis tertinggi negara itu berkata kepada wartawan pagi tadi.
"(Pihak berkuasa) menjumpai 139 tapak yang disyaki kubur. Mereka tidak pasti berapa banyak mayat berada dalam setiap kubur," kata Ketua Polis Negara, Encik Khalid Abu Bakar.
Encik Khalid juga berkata kem yang terbesar boleh dimuatkan sehingga 300 orang, sedang beliau mengumumkan butiran mengenai tapak-tapak pertama sedemikian yang dijumpai di Malaysia sejak krisis perdagangan manusia serantau tercetus awal bulan ini.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Menteri Dalam Negeri, Encik Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penemuan kubur besar di Malaysia itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau "sangat prihatin" oleh penemuan itu.
"Saya amat bimbang dengan kubur yang ditemui di bumi Malaysia, disyaki berhubung dengan penyeludupan manusia," katanya di Facebook dan Twitter akaunnya.
"Kami akan mencari mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Polis di negara jiran, Thailand, pada awal bulan Mei telah menemui "beberapa dozen" kubur cetek dan kem rahsia penyeludupan manusia di sempadan negara itu.