Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

14 cedera, ribut tropika Krosa landa Jepun

Aug 16, 2019 | 08:16 AM

TOKYO: Sekurang-kurangnya 14 cedera apabila ribut tropika Krosa yang membawa angin kencang dan hujan lebat mula melanda Jepun hari ini, sekali gus meningkatkan ancaman tanah runtuh dan banjir di barat daya negara itu.

Ribut tropika Krosa dilaporkan bergerak menuju ke beberapa bahagian di barat daya Jepun, dan membawa angin pada kelajuan 144 kilometer sejam.

Rakaman imej ribut itu yang disiarkan menerusi televisyen menunjukkan angin kencang menerbangkan pokok, tiang lampu dan memusnahkan roda ferris.

Sementara ombak besar memusnahkan tembok pemecah ombak dan menyebabkan rumah api setinggi 10 meter rosak, manakala sungai melimpahkan air hingga menenggelamkan beberapa jalan raya berhampirannya.

Terdahulu, pihak berkuasa mengeluarkan nasihat berpindah secara sukarela kepada kira-kira 580,000 penduduk yang tinggal di sepanjang laluan ribut tropika itu.

Stesen penyiaran NHK dan pihak berkuasa tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya 14 penduduk mengalami cedera ringan, termasuk seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an patah pada bahagian kaki.

“Kami masih menerima hujan lebat tanpa henti. Kami akan sentiasa berhati-hati kerana hujan dijangka lebih lebat petang ini,” kata pegawai pengurusan bencana wilayah Tokushima, Takayoshi Sugimoto kepada AFP. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3