14 maut akibat sesak jalan Raya di Indonesia
Jul 09, 2016 | 05:30 AM
JAKARTA: Kesesakan luar biasa di daerah Brebes di wilayah Jawa Tengah menyebabkan 14 pengguna jalan raya meninggal dunia akibat kepenatan dan sakit jantung.
Jabatan Kesihatan Brebes memberitahu bahawa orang ramai yang pulang ke kampung sempena Hari Raya ini menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan dan lebuh raya utama di daerah berkenaan.